Sunday, November 25, 2012

Solo Ride Cheras Baru ke Taman Kobena

Salam Sejahtera,
Hari ni aku dah berjanji dengan rakan nak ride basikal sama - sama. Sepatutnya ada kerja nak diselesaikan, tapi disebabkan cuti boleh sign sendiri, Aku dengan selamba badak mohon cuti kat diri sendiri. Padan Muka hari ni takder gaji (kerja sendiri, cuti bermakna takder gaji).
Signboard RUKUN TETANGGA TAMAN KOBENA
Nak dijadikan cerita, selepas hantar pekerja abg aku ke site, aku pun balik ajak member yang janji nak ride. Dibantainya tidur tak nak bangun. That Why I Choose This Kind of Sport. Untuk pengetahuan anda la, aku ni kalau nak pilih sukan, aku akan pilih sukan yang mana tidak memerlukan partner wajib. kalau takde partner pun boleh bersukan. Antara sukan - sukan lain yang aku ceburi secara semi-pro (senang story mesti ada equipment sendiri) adalah Bowling, Pool, dan Basikal. Sukan lain pun main juga macam Badminton, Pingpong, tapi kena berpartner, kalau partner offline, aku pun online sukan yang boleh solo macam ni ha.
Disebabkan aku jenis tak suka paksa orang, jadi dah member bersenam dalam mimpi, aku pun pakai baju, keluarkan basikal dan ride alone. Jalan ni dah banyak kali kayuh solo sebenarnya, dan dah banyak kali nak singgah kat satu tempat ni. Tempat yang dimaksudkan adalah taman mini yang ada batu utk urut kaki bersebelahan RUKUN TETANGGA TAMAN KOBENA ni.
Tempat Berehat tepi bangunan RUKUN TETANGGA TAMAN KOBENA

Kayuhan hari ni agak jauh juga la. siap berbukit bukau lagi. Dari Jalan Kuari Sampai ke Pudu Hulu, Pusing Taman Pudu Hulu (lupa ambil gambar) kemudian masa balik tu singgah kat sini.
Jalan di atas batu urut tapak kaki
Disebabkan dah banyak kali melalui tempat ni, memang teringin nak pijak batu urut tu. Hari ni tertunai juga nawaitu (niat) nak pusing barang dua tiga round atas batu bulat ni. Malas nak buka stoking, jadi pakai stoking pun ok. cuma kurang la sikit tekanan batu tu. takder la terkerut - kerut dahi bila batu tu tekan tapak kaki.

Siapa lagi nak tolong tangkap gambar, kalau bukan diri sendiri, namanya pun single ride.
 Sebelum balik ambil gambar dahulu, tadi kat taman awam pudu hulu lupa nak tangkap gambar. Kalau dah berkayuh tu lupa diri sikit, sampai lupa nak stop. tapi bukan boleh main stop je. Nanti tak pasal - pasal kaki krem.

Basikal dan Batu Urut Kaki, dua - dua bagus untuk kesihatan.

Takkan tuan basikal je. basikalnya pun nak bergambar gak. Ok pose baik punya.. Tengah - tengah bulatan urut kaki. Kalau ada member tadi, boleh la suruh member tangkapkan gambar tuan dgn basikalnyer..

Balik dulu, bye bye.. tapi tak balik terus sebenarnya. Lajak sampai ke Bulatan nak ke Taman Teratai meredah trafik menempuhi masjid kg cheras baru selangor (aku dok kat cheras baru k.l) kemudian singgah beli makanan ikan, sebab nampak kedai ikan buka pula hari Ahad ni, kemudian baru kayuh balik rumah. Balik test sprint kejap. Rasa nak tercabut kaki sebab lama tak speed, kat k.l ni mana tempat la yang selamat nak sprint. Lain la dulu kat Perlis, kayuh tepi sawah sprint seorang diri aman giler, sempat mencecah 50 - 60 km sejam (member follow pakai motor kapcai cakap speed aku). Sprint kelajuan tinggi pada gear tinggi memang best. yang tak best rantai cepat k.o . zaman sekolah rantai 20 ringgit pun rasa mahal.

OK BYE BYE..
nota: nak kumpul duit la beli meter CAT EYE. baru tahu berapa jauh kayuhan dan speed average dan maksimum. :)

Wednesday, November 14, 2012

Basikal hybrid pertamaku

Selepas zaman sekolah menengah, saya dah lama tak naik basikal. Minat berbasikal pun terhenti disitu sahaja.

Bila tgk orang malaysia sibuk angkut basikal atas kereta terfikir juga nak berbasikal balik. Tapi dikalangan kawan2 tiada seorang pun yg berbasikal. Jadi tiada pembakar semangat.

Ada la pula seorang kawan ni baru nak berjinak jinak berbasikal, tapi ditinggalkan sorang sorang. Last last give up. Cadang nak sambar mountain bike yg ada brake disk, jadi berbelah bagi juga nak beli. Last last beli la juga. Sebab bila difikirkan, bukan nak main dalam hutan pun. Nanti komponen gear tu upgrade perlahan lahan.

Ini lah rupa basikal yg kini secara rasminya jadi basikal aku.

Antara komponen yg akan diupgrade nanti adalah,

1. Pedal upgrade dual function, spd + flat.
2. Derailluer belakang, 10 speed (kategori mtb shimano biar lasak)
3. Freewhell 10 speed,
4. Rantai 10 speed,
5. Shifter 10 speed.
6. Set hub dan rim 10 speed compatible.

Berapa ribu nak terbang tu. Kena menabung ni. Atau sambar barang second org nak upgrade.

Freewheel dgn rantai agak dilema nak sambar second.




Wednesday, October 24, 2012

Introduction - sejarah 11th rider

Sekarang ni musim orang sibuk usung basikal atas kereta. Jadi ini blog saya nak bercerita pasal basikal.
Kenapa dinamakan 11th rider?, sempena posisi tamat perlumbaan first time aku join lumba basikal di perlis. Lumba basikal ni dibuat sempena meraikan

Le Tour De Langkawi 1996 yg singgah di perlis. Saya join aktiviti ni semasa zaman persekolahan. Hari hari kayuh basikal ke sekolah pakai mountain bike, setiap kali balik akan sprint sekitar 50 ke 60km sejam sejauh 1 atau 2 km.  setiap pagi akan kayuh 5km dan balik nanti akan 5km lagi, lepas tu petang akan kayuh lagi tepi sawah padi.


Jika kayuhan petang aku akan lalu depan sekolah menengah sains syed putra, terus sampai sekolah saya, iaitu sekolah menengah vokasional kangar dan terus masuk town. Dan teruskan perjalanan balik melalui depan pasaraya taman kemajuan dan biasanya jik magrib lambat lagi saya akan singgah kat pasaraya tu utk cool down, sambil jln tgk awek dan barang kat pasaraya.
Berbalik kepada lumba basikal tadi, Macam mana saya dapat no 11 tu, sebab aku follow belakang cyclist yg pro, siap pakai helmet, tayar sport kecik, baju jersi. Kayuhan tak juh, 5km je pusing stadium kangar tu, jarak kayuhn harian saya jer.. Tapi rasa nak pengsan dibuatnya, diorang ni kayuh laju non stop cuba tinggalkan saya. Tercabar agaknya.. Hadiah masa tu sampai tempat ke10. Saya ride utk suka suka je. Pada 1km yg terakhir tak larat nak follow dah. Biasa speed pun maksimum 2km, ini dah over limit. Lagi 1km dah terjelir lidah.. Jadi ada satu budak sudah speed nak potong.. Persaingan sengit berlaku, akhirnya tewas di garisan penamat selisih tayar sahaja. Redha je la tempat keberapa pun. Macam tak percaya je dapat tempat ke 11 masa tu. Saya boleh bangga sebab basikal berat dan tayar besar boleh follow yg pro..
Yg kecewanya, dengar kata 1 sampai 10 tu perlis akan ambil jadi pengayuh negeri.. Berganda kecewa.. Dah la mmg minat berbasikal. Tapi saya pujuk diri dgn menggunakan fakta, kalau jadi pelumba ni risiko mandul tu tinggi, sebab semasa kayuh basikal racing ni, anu kita asyik tertekan, darah tak jalan. Ye la tahun 96 masa tu, seluar yg ada protect alat sulit entah dah sampai ke malaysia entah tidak.
Kepada pesaing sengit aku tu, yg dapat tempat ke 10, masih ingat lagi tak? Punya ramai orang sorak kita sebab kita antara pengayuh di petak hadapan.. Hu ha.. Saya nak gak tau, dapat jadi pengayuh negeri tak? Nak hubungi, saya tak kenal pun tuan.
InsyaAllah saya akan menulis pula mengenai basikal hybrid pertama saya. semoga jumpa lagi... Jom kayuh.